Suami isteri direman bocorkan tender LLM RM1.2 juta - Utusan Malaysia

Suami isteri direman bocorkan tender LLM RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bocorkan maklumat tender Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bernilai lebih RM1.2 juta. 

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Sumber berkata, pasangan suami isteri berusia 44 dan 42 tahun itu ditahan SPRM petang semalam selepas hadir memberi keterangan. 

Tahanan wanita yang juga seorang pengarah dikatakan terbabit dalam pemilihan kontrak LLM. 

“Suspek wanita itu  dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta kepada suaminya sebagai balasan syarikat milik suaminya. 

“Difahamkan, syarikat suaminya pernah dilantik sebagai sub kontraktor kepada satu lagi syarikat yang berjaya mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada tahun 2020,” katanya. 

Katanya, Kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN