STL: Meski tewas, Black Panthers tetap enggan kecewakan penyokong

STL: Meski tewas, Black Panthers tetap enggan kecewakan penyokong

MUHAMMAD ZAIM MOHD. RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penang Black Panters nekad tidak mahu menghampakan penyokong skuad itu pada saingan Emas Anuar Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL) ditumbangkan Juara dari Divisyen 1, Melaka Titans 1-2 pada aksi pembukaan di Iskandar Puteri, Johor, petang tadi.

Terdahulu, pasukan kendalian Jurulatih Mohamad Fazil Mohd. Asri dan Ahmad Sufian Napiah telah dikalahkan Juara dari Divisyen 1, Melaka Titans 1-2 pada aksi pembukaan STL petang tadi.

Kepten pasukan, Muhammad Zaim Mohd. Razali berkata, skuad Harimau Kumbang akan lebih agresif dalam perlawanan menentang Putrajaya Cyborg dan Kuala Lumpur Thunder selepas ini.

Menurutnya, perlawanan pertama menentang Melaka Titans sememangnya memberi saingan yang sengit selain berdepan dengan pemain berpengalaman termasuk import dari pasukan Liga Premier.

“Selain mental dan fizikal, persiapan telah dilakukan bagi mencari keserasian antara pemain ketika di dalam gelanggang.

“Kami tidak mahu sesekali mengecewakan penyokong setia dan akan cuba memberi yang terbaik buat penyokong setia Black Panthers pada Piala Juara-Juara musim ini.

“Beri kepercayaan dan sokongan untuk kami menggandakan lagi rentak kecemerlangan pada perlawanan nanti,” katanya anak buah kepada pasukan kendalian Jurulatih Mohamad Fazil Mohd. Asri dan Ahmad Sufian Napiah berkenaan.

Sementara itu, pengurus Black Panthers, Mohamad Azlee Ahmad Mahiudin memberitahu, kekalahan dalam perlawanan pertama menentang Melaka Titans bukan penentu untuk pasukannya tidak dapat beraksi sehingga perlawanan akhir nanti.

“Silap percaturan dan strategi perlawanan antara faktor kekalahan kami hari ini. Jadi, kami akan menggandakan lagi rentak permainan hasil ‘post mortem’ dalam perlawanan pertama tadi,” ujarnya ringkas ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Black Panthers mempunyai dua baki perlawanan dalam Kumpulan B bertemu pasukan yang menamatkan saingan Liga Premier musim ini di kedudukan keenam, Putrajaya Cyborg esok dan bekas juara Piala Juara-Juara musim lalu iaitu Kuala Lumpur Thunder Selasa, sebagai tiket kelayakan ke perlawanan akhir musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN