Sibuk dengan PRN, bila mahu fokus selesai masalah rakyat

Sibuk dengan PRN, bila mahu fokus selesai masalah rakyat

muda
SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Fokus untuk menyelesaikan permasalahan rakyat ketika ini tidak dapat dijalankan ekoran hampir setiap bulan terdapat Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, seperti hari ini, Dewan Rakyat kosong kerana kebanyakan sedang berkempen di PRN Johor.

“Bila kita nak berkhidmat…Bila kita nak bekerja? Tengok Dewan Rakyat hari ini, kosong… Kenapa? Kerana semua dekat Johor, berkempen. Saya pun selepas ini pun kena turun Johor. 

“Nak fokus bantu rakyat macam mana sekarang? Satu persatu, bermula dengan  Sabah, lepas itu Sarawak tapi Sarawak saya faham sebab itu berasingan. Kemudian Melaka, Johor.

“Orang kata selepas ini akan ada lagi di Perak, Kedah. Jadi, macam mana kita nak fokus bantu rakyat kalau PRN masih tidak habis-habis,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Syed Saddiq, beliau juga hairan apabila UMNO menegaskan bahawa parti itu punca kestabilan politik di Malaysia namun, selepas berkuasa, terdapat empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. 

Tambahnya, parti yang mendakwa punca kestabilan itu sebenarnya adalah punca ketidakstabilan.

“Yang membentuk ‘kerajaan Sheraton’ sebelum ini, parti terbesarnya adalah UMNO. Yang jatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah UMNO. Yang naikkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga UMNO.

“Baru-baru ini di Parlimen, Pasir Salak (Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman) tanya kepada Timbalan Presiden UMNO nak desak Perdana Menteri untuk bubarkan Parlimen serta-merta. Jadi siapa punca ketidakstabilan ini?” soal Syed Saddiq. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya