Semua ahli Parlimen dicadang wajib jalani pemeriksaan kesihatan 

[Parlimen] Semua ahli Parlimen dicadang wajib jalani pemeriksaan kesihatan 

undi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua ahli Parlimen terutama yang berumur 40 tahun ke atas dicadangkan wajib menjalani saringan kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa dipantau. 

Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan kesihatan tersebut yang dicadang oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim supaya dipanjangkan kepada ahli Dewan Rakyat demi memastikan elemen Kepemimpinan Melalui Teladan dapat direalisasikan dan menjadi contoh kepada masyarakat. 

“Cadangan ini juga akan dipanjangkan kepada anggota perkhidmatan awam berumur 40 tahun ke atas diwajibkan membuat saringan kesihatan sama dengan kewajipan mereka untuk mengisytiharkan harta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kenyataan itu hadir setelah Rais menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Parlimen pagi tadi bagi membincangkan cadangan mewajibkan ahli-ahli Dewan Negara menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun. 

Justeru, beliau sekaligus mencadangkan supaya semua ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan yang sama seperti dibincangkan. 

“Cadangan ini dikemukakan Khairy rentetan kajian dibuat dari Julai 2018 hingga November 2020 melaporkan, kes penyakit tidak berjangkit (NCD) semakin meningkat terutama penyakit jantung, darah tinggi dan kanser. 

“Demi memastikan Ahli Dewan Negara sentiasa dalam keadaan sihat fizikal dan mental, saranan mewajibkan saringan kesihatan secara berkala amat disambut baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN