Sabah akan perincikan SOP rapatkan saf solat di masjid, surau

Sabah akan perincikan SOP rapatkan saf solat di masjid, surau

MASJID Negeri Sabah, Sembulan di Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jawatankuasa SOP Masjid Negeri telah bermesyuarat semalam bagi memperincikan prosedur operasi standard (SOP) masjid dan surau baharu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri yang membenarkan aktiviti solat berjemaah tanpa perlu penjarakan fizikal bermula 1 April.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, jawatankuasa itu akan memperincikan terlebih dahulu SOP masjid dan surau sebelum mengemukakan SOP itu kepada Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 Negeri untuk kelulusan.

AZIZ JAAFAR

“SOP masjid ini akan dikeluarkan sebelum 1 April sebab mesyuarat akan diadakan malam ini. Selepas itu, kami akan mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 Negeri Sabah.

“Apa pun keputusannya, kita akan tunggu selepas Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 mengesahkan cadangan kami mengenai SOP masjid dan surau yang baharu ini,” katanya.

Menurutnya, beliau secara peribadi melihat pengumuman Perdana Menteri semalam memang tepat pada masanya kerana negara akan beralih ke fasa endemik.

Jelas beliau, sudah sampai masanya masjid-masjid diberi sedikit kelonggaran dari segi penjarakan saf selepas lebih dua tahun masjid dan surau mengamalkan SOP penjarakan fizikal.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April susulan Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid dan surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia serta Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya