Rompak bersenjata: Polis kesan dua lelaki

Rompak bersenjata: Polis kesan dua lelaki

MOHD. AZHAR MOHD. YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Polis daerah ini sedang mengesan dua lelaki disyaki terlibat kes rompakan bersenjata di kawasan perumahan Mentakab, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, suspek bersenjatakan parang, memakai topi keledar dan pelitup muka.

“Berdasarkan siasatan awal dalam kejadian itu, suspek melarikan wang tunai dan barang kemas dengan anggaran kerugian RM10,000.

“Polis sedang mengesan suspek dan meminta kerjasama orang awam supaya tampil menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan bagi mengesan suspek.

Beliau turut menasihatkan orang ramai sentiasa memastikan langkah-langkah keselamatan seperti memastikan pintu dan tingkap rumah dikunci dengan baik.

“Orang ramai juga disaran menambah ciri-ciri keselamatan seperti memasang kamera litar tertutup dan tidak menyimpan barang berharga dalam rumah bagi mengelakkan kejadian jenayah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya