Rasuah RM15 juta: 9 individu termasuk seorang Datuk direman SPRM

Rasuah RM15 juta: 9 individu termasuk seorang Datuk direman SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung nilai projek berjumlah RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif di negara ini.

Kesemua mereka termasuk seorang wanita dipercayai ditahan petang semalam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Menurut sumber, mereka ditahan iaitu empat pemilik syarikat dan masing-masing seorang  penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif dan ketua pegawai operasi. 

Kata sumber, dua suspek lelaki yang direman selama enam hari itu dipercayai telah meminta dan menerima suapan lebih RM14.9 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan  bagi membantu syarikat milik mereka mendapat geran menerusi tiga syarikat lain antara tahun 2018 hingga 2020.

“Perintah reman antara tiga hingga enam hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 34 hingga 58 tahun di Mahkamah Majistret, Putrajaya di sini hari ini,” kata sumber. 

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM,  Datuk Tan Kang Sai yang dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN