JOHOR BAHRU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad menang dengan majoriti selesa lebih 5,000 undi mengatasi tiga pencabarnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan di Pusat Operasi BN di Pejabat UMNO Johor di sini.
Calon Menteri Besar BN itu mengatasi dengan majoriti 5,759 undi mendahului calon Perikatan Nasional (PN), calon Pejuang dan calon PKR. – UTUSAN