PRN Johor: DAP rasis, tiada tempat dalam politik Malaysia 

PRN Johor: DAP rasis, tiada tempat dalam politik Malaysia 

prn johor
BUNG Moktar Radin ketika berucap di hadapan Jentera BN Sabah dalam majlis makan malam di Ulu Tiram, Johor menjelang PRN Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: DAP tidak seharusnya diberikan tempat dalam politik tanah air khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Ini kerana sikap pemimpin dan ahli-ahlinya yang rasis.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, parti itu mendapat kuasa hanya melalui fitnah dan janji palsu semata-mata. Ini termasuk memburukkan karektor BN.

Menurut beliau, perkara itu dapat dilihat setelah parti berkenaan diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, mereka bukan sahaja gagal tetapi bersikap rasis.

“Provokasi antara kaum di negara ini meningkat. Menjadikan rakyat berpecah-belah dan ini berpunca daripada DAP dan ahli-ahli mereka. Parti itu memainkan pelbagai isu sehingga mencetuskan kemarahan pihak lain.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu dipimpin oleh Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin). Dan sehingga ini saya lihat beliau terikut dengan trend DAP iaitu menyalahkan orang lain, orang lain perompak, orang lain penipu, orang lain pembohong,” katanya. Beliau ketika menghadiri perjumpaan dengan Jentera BN Sabah di Ulu Tiram, malam tadi.

Menurut beliau, Muhyiddin berlagak seolah-olah hanya dia seorang sahaja yang suci, bersih dan maksum.

“Sehubungan itu, saya nasihatkan jentera parti agar jangan terikut dengan perangai mereka. Walaupun mereka menang (dahulu) tetapi kemenangan itu tidak ada hikmah dan Allah rampas daripada mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bung Moktar turut memberitahu, pihaknya percaya PRU akan diadakan dalam waktu terdekat tanpa mengambil kira keputusan PRN Johor pada 12 Mac ini.

“Ambil pengalaman sebanyaknya di bumi Johor ini. Bawanya pulang ke Sabah dan gunakan dalam PRU akan datang, ini kerana ketika PRN Melaka lalu pengundi baharu masih belum berkuat kuasa,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya