JOHOR BAHRU: Berbaki empat hari lagi tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pemerhati politik melihat pertarungan sebenar adalah antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dengan kedudukan 50-50 untuk membentuk kerajaan negeri. Justeru, kesemua 239 calon PRN Johor tidak boleh berasa selesa kerana status kawasan putih berisiko bertukar kelabu dan hitam pada bila-bila masa. Malah, sehingga semalam, 11 parti yang bertanding belum dapat membuat rumusan awal potensi menang…










