JOHOR BAHRU: Sebanyak 40 peratus statistik keluar undi dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat pukul 2 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Menurut SPR, sebanyak 4,638 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang.
Berdasarkan data agensi itu, kira-kira 2,539,606 pengundi biasa yang layak mengundi pada pilihan raya negeri hari ini. – UTUSAN