Polis siasat kematian OKT dalam lokap

Polis siasat kematian OKT dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan kematian Orang Kena Tahan (OKT) dalam lokap Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Alaudeen Abdul Majib berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kematian itu pada 7.30 pagi hari ini.

Menurut beliau, OKT adalah seorang lelaki Cina berusia 59 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(A) akta sama.

“OKT telah ditahan pada 22 Mac dan sepatutnya direman hari ini di mahkamah. 

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan menjalankan siasatan berkaitan kes ini,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya