Polis giat kesan lelaki guna wang palsu

Polis giat kesan lelaki guna wang palsu

TANGKAP layar rakaman CCTV membabitkan seorang suspek yang dipercayai menggunakan wang palsu di sekitar daerah Rembau dan Seremban. - FOTO/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Polis kini sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes penggunaan wang palsu di sekitar daerah ini dan Seremban. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd. Ghani berkata, modus operandi suspek adalah dengan berkunjung ke kedai serbaneka 24 jam untuk menambah nilai e-wallet dan kemudian membuat pembayaran menggunakan wang palsu.

Menurutnya, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek iaitu seorang lelaki memakai cermin mata serta berbadan gempal.

“Suspek juga dipercayai menaiki kenderaan jenis Honda City semasa melakukan jenayah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai terdekat atau boleh menghubungi pegawai Penyiasat, Sarjan Faizul Md. Zin di talian 06-441 2502 atau 013-307 6281 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN