Polis Bentong beri amaran orang ramai jangan buat spekulasi, komen rasis

Gambar tular FB ‘Pengutip Besi Burok’: Polis Bentong beri amaran orang ramai jangan buat spekulasi, komen rasis

LAMAN sosial Facebook 'Pengutip Besi Burok' yang membabitkan insiden yang tular sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi kini diberi amaran dan masih dalam siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong meminta orang ramai tidak membuat sebarang komen berunsurkan perkauman dan spekulasi berhubung gambar tular yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook milik ‘Pengutip Besi Burok’. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar menjelaskan, gambar tular dalam sesawang tersebut melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun merupakan pengadu menyatakan ketika dia berhenti di sebuah stesen untuk mengisi minyak berhampiran Tol Bentong dari arah Tol Gombak telah didatangi oleh empat orang lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 42 tahun.

“Pengadu memberitahu, dia dimaklumkan oleh keempat orang lelaki itu belum lagi melunaskan pembayaran ansuran bulanan kereta miliknya.

“Pengadu menafikan perkara itu sambil meminta surat penarikan kenderaan daripada pihak bank. Sebaliknya, keempat orang lelaki berkenaan tidak dapat menunjukkan bukti surat tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, polis telahpun menerima laporan kedua belah pihak dan telahpun merakamkan percakapan mereka.

“Sehingga ini, siasatan masih dijalankan berasaskan maklumat yang diperoleh daripada percakapan kedua pihak berkenaan. Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang komen berkaitan insiden ini di samping elakkan daripada membuat komen berunsurkan perkauman,” ujarnya.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang insiden yang dipaparkan menerusi laman sesawang tersebut diminta terus menghubungi IPD Bentong menerusi talian 092222222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN