PH gagal sediakan RRJP sepanjang tempoh memerintah

PH gagal sediakan RRJP sepanjang tempoh memerintah

PH
RAZALI IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membentangkan Rancangan Malaysia (RMK) ketika pembentangan bajetnya sepanjang 22 bulan memerintah.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melunaskan tanggungjawab itu hanya sebulan selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Negara ini perbelanjaan pembangunannya ada rangka-rangka tertentu. Dalam dasar-dasar ini kita ada Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dan RRJP 3 berakhir pada 2020 selain berakhirnya Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“Kerajaan PH bentang bajet tiada RMK. Jangan kata RRJP, RMK juga tiada namun nasib baik Perdana Menteri bentang RMK-12 setelah beliau mengambil alih jawatan itu.

“Cerita ini tidak boleh dicerita dengan ahli di cawangan kerana ia isu berat namun anda yang berada di sini perlu baca mengenai hal ini kerana masing-masing berpotensi menjadi menteri dan timbalan menteri,” katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2021.

Tambahnya, Malaysia tidak dengan sewenang-wenangnya membuat pembentangan bajet yang hanya berpaksikan untuk membantu rakyat tetapi ia perlu dibuat secara menyeluruh.

“Kita tidak boleh dengan mudah beri jawatan kepada mana-mana orang. Kita merupakan negara yang beralih daripada pertanian kepada perindustrian dan kepada penswastaan. Kita hendak menjadi negara maju.

“Tahun 2020 ia berlalu begitu sahaja dan itu berlaku kerana Barisan Nasional (BN) kalah pada 2018,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN