‘Pengundi jangan tertipu lagi’

‘Pengundi jangan tertipu lagi’

DR. ADHAM Baba menyampaikan ceramahnya di Bilik Gerakan DUN Kukup, di Pontian, Johor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Rakyat Johor yang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Mac ini  diingatkan supaya tidak ditipu  kali kedua dengan janji-janji manis dan manifesto sepertimana pada 2018.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, manifesto yang dicanangkan bagi memikat pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU -14)  akhirnya sekadar  manis di bibir sahaja.

Katanya, lebih malang,  manifesto dicipta  Pakatan Harapan (PH) bertemakan ‘ Membina Negara dan Memenuhi Harapan ’ bertujuan memancing undi semata-mata.

Menurut beliau, keadaan yang sama berlaku pada PRN Johor apabila beberapa parti yang bertanding turut mengeluarkan manifesto  yang  tidak berpijak dibumi nyata.

“Sebagai contoh, Perikatan Nasional ( PN ) menawarkan air percuma kepada rakyat Johor sebagai meniru apa yang berlaku di Selangor  bagi mengelirukan pengundi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan DUN Kukup di sini, malam tadi.

Yang hadir sama calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Kukup, Datuk Jefridin Atan: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Md. Israk Abdullah dan Ketua Pergerakan Wanita, Zarina Mohd. Bain.

Tambah Adham, begitu juga dengan manifesto dikemukakan PH, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan PKR.

 “Pengundi Johor perlu menolak manifesto  bersifat popular  yang hanya mahu meraih simpati pengundi tetapi  gagal dilaksanakan setelah diberikan peluang memerintah negara,” ujarnya.

Ditanya mengenai jentera penerangan UMNO  bagi menghadapi PRN Johor, Adham yang juga Pengarah Komunikasi BN atau BN Comm. menyifatkan mereka  telah dapat menjalankan tugas dengan berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya