Penghantar makanan foodpanda maut dirempuh treler - Utusan Malaysia

Penghantar makanan foodpanda maut dirempuh treler

SEORANG penghantar makanan maut dirempuh treler dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang penghantar makanan foodpanda tercampak ke dalam longkang selepas motosikal ditunggangi dirempuh treler di Kilometer 3.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 3.30 petang, Mohamad Amir Nordin, 23, yang menunggang motosikal  Yamaha Y15 cedera parah dan meninggal dunia dalam ambulans semasa dalam perjalanan dari Hospital Gua Musang ke Hospital Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu treler jenis Volvo yang hilang kawalan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Menurut beliau, kemalangan berlaku semasa pemandu treler berumur 37 tahun memandu kenderaan berat itu dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

“Sampai di lokasi kejadian, pemandu treler hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan motosikal yang dipandu mangsa.

“Akibat pelanggaran, treler berkenaan melintang  jalan, manakala mangsa terpelanting ke dalam longkang sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dipindahkan  ke Hospital Kuala Krai, namun meninggal dunia dalam ambulans pada pukul 11.15 malam.

Katanya, pemandu kenderaan pacuan empat roda dan pemandu treler cedera ringan dan saringan awal air kencing mendapati pemandu treler berkenaan positif dadah jenis methamphetamine. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.