Dua tahun ini, rakyat Malaysia dibenarkan keluarkan caruman KWSP

Pengeluaran KWSP: Masalah ketaksamaan pendapatan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menunjukkan kadar dividen Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2021 di Ibu Pejabat KWSP, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, baru-baru ini. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Semasa dua tahun ini, rakyat Malaysia dibenarkan untuk membuat beberapa pengeluaran daripada caruman KWSP mereka. Ia dilakukan menerusi skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang menyebabkan jumlah pengeluaran berjumlah RM101 bilion oleh 7.4 juta ahli.

Menurut KWSP, ia seterusnya menyaksikan 6.1 juta ahli mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan mereka sekarang dan sejumlah 79 peratus lagi mempunyai kurang daripada RM1,000 baki di dalam akaun. Sementara ini bukanlah satu fenomena baharu, di mana 28 peratus sebelum pandemik pun sudah memiliki paras simpanan yang sangat rendah di dalam akaun KWSP mereka, tetapi pandemik makin menambah buruk isu ini.

Situasi semasa simpanan rendah oleh segmen besar pencarum mengenengahkan soal pengagihan kemakmuran bersih yang terhad. Isu ini boleh dihuraikan oleh ‘kemelut simpanan’ atau ‘savings glut’, frasa yang dicipta oleh Ben Bernanke pada 2005 di mana penyimpan di dalam kumpulan berpendapatan tinggi dengan dana lebihan tidak membelanjakan wang tetapi sebaliknya melabur dalam jumlah besar. Mengikut masa, jumlah simpanan itu melebihi jumlah dana yang diperlukan untuk merangsang aktiviti ekonomi dan akhirnya mewujudkan kemelut simpanan.

Bagi menjelaskan lagi perkara ini, tahap jumlah keseluruhan kemakmuran kepada nisbah KDNK di Malaysia berada di paras 1.87 pada akhir 2020, berdasarkan anggaran Credit Suisse menunjukkan ketidakseimbangan bekalan simpanan oleh mereka yang berada di tahap pendapatan tinggi. Di samping itu, ia juga menggambarkan keadaan buruk ketaksamaan disebabkan median kemakmuran hanya sepertiga daripada purata kemakmuran seorang dewasa di negara ini. Data KWSP seterusnya mengesahkan perkara ini di mana kurang daripada 0.5 peratus memiliki lebih daripada RM1 juta di dalam simpanan KWSP mereka dan memiliki lebih banyak wang berbanding kemungkinan simpanan yang digabungkan ahli-ahli da­ripada kumpulan bawahan.

SIMPANAN MELEBIHI KEPERLUAN

Angka-angka ini menyokong pandangan bahawa bekalan simpanan melebihi keperluan dana untuk mencipta aktiviti ekonomi, membawa kepada potensi kemelut simpanan. Mengikut masa, simpanan bagi mereka di tahap tinggi terus bertambah, nilai aset kewangan dan bukan kewangan akan meningkat tidak seimbang kepada produktiviti. Oleh itu, ketaksamaan akan terus meningkat kerana pertambahan kemakmuran tidak akan menjana aktiviti ekonomi tambahan yang akan membolehkan penyertaan oleh mereka di paras bawah, untuk mengurangkan ketidakseimbangan itu.

Adalah dijangkakan bahawa di dalam era pasca-pandemik, jurang ini akan lagi meluas dise­babkan ketaksamaan pendapatan lazimnya membawa kejutan pasca yang buruk di dalam ekonomi. Trend-trend menunjukkan bahawa agihan pendapatan di Malaysia menuruti corak kuasa-perundangan bagi ekor atasan disebabkan peningkatan di dalam penerima gaji tinggi dalam beberapa tahun ini. Harus dimaklumi bahawa ketaksamaan pengumpulan kemakmuran terutama di dalam 10 peratus berpendapatan tinggi adalah fenomena biasa di banyak negara dan bukan sesuatu yang khusus di Malaysia semata-mata. Malahan, data sejarah menunjukkan kepada 10 peraus tertinggi memacu kebanyakan pertumbuhan KDNK di negara ini.

Bagaimanapun, ketaksamaan ini kebanyakannya berpunca daripada situasi rumit akibat krisis daripada pandemik. Situasi itu telah mendedahkan kekurangan perlindungan sosial di dalam menangani kejutan buruk di dalam ekonomi, terutama mereka yang bekerja sendiri atau bekerja di dalam sektor informal.

Langkah-langkah bantuan berjangka pendek seperti penyaluran terus dari dana bantuan bencana sepatutnya menjadi pendekatan lebih baik, berbanding mengeluarkan simpanan persaraan. Ini sangat benar disebabkan unjuran semasa menunjukkan Malaysia akan menjadi negara menua menjelang 2030 dan kekurangan simpanan semasa usia emas hanya akan membawa kepada beban fiskal lebih besar dari segi kos penjagaan kesihatan dan jaminan pendapatan di masa hadapan.

KETIDAKSEIMBANGAN PENDAPATAN

Pendekatan berjangka panjang seharusnya menumpu kepada usaha menyelesaikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan dengan penyertaan lebih lagi di dalam kek ekonomi oleh kumpulan B40 terutama kerana garisan kemiskinan di Malaysia sudah disusun semula kepada RM2,208 setiap isi rumah menjadikan lebih daripada 600,000 isi rumah berada di garisan kemiskinan pada akhir 2020. Dalam masa terdekat iaitu 5 hingga 10 tahun akan datang, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menyediakan jaminan sosial bagi mereka yang di dalam kumpulan ini dan mereka yang bersara. Yang paling ideal ialah ia bukan pencen berbentuk caruman.

Isu jangka panjang dan menekan ialah memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk menutup jurang persaraan dan pencen. Terdapat pelajaran untuk diperoleh daripada Pemenang Hadiah Nobel, Abhijit Banerjee yang menunjukkan bahawa sekali rangsangan ekonomi menerusi kemasukan besar modal bersama dengan sokongan penggunaan dalam satu tempoh masa, membolehkan lebih banyak mobiliti sosial dan menghasilkan peningkatan produktiviti, berbanding konsep salah yang mendorong kepada kemalasan. Malahan, ia akan membawa kepada lebih banyak peluang untuk generasi seterus­nya yang menerima rangsangan kerana ia membolehkan akses kepada pendidikan lebih baik dan akhirnya pekerjaan berkualiti. Rangsangan itu bagaimananapun hendaklah suatu dorongan besar dan disusuli dengan sokongan berbantu celik kewangan dan kemahiran hidup lain.

PROF. Madya Dr. Hafezali Iqbal Hussain adalah Ketua Penyelidikan di Fakulti Perniagaan dan Undang-Undang, Universiti Taylor’s dan ahli Pusat Revolusi Industri dan Inovasi (CIR4I). Artikel ini ditulis sebelum pengumuman dividen tahun 2021 oleh KWSP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN