Pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah tunggu kelulusan ROS - Utusan Malaysia

Pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah tunggu kelulusan ROS

MASIDI Manjun (kiri) ketika sidang akhbar sempena program pemberian imunisasi di Wisma Innoprise, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Walaupun sebelum ini terdapat perbezaan pandangan mengenai pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS), akhirnya pendaftaran gabungan itu telah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, permohonan untuk mendaftarkan GRS dikemukakan kepada ROS pada dua minggu lalu.

“Kami masih menunggu (kelulusan) kerana mereka (ROS) meminta maklumat lanjut namun, kami belum lagi memberikannya (maklumat diperlukan),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program pemberian imunisasi vaksin dewasa, kanak-kanak dan dos penggalak di Wisma Innoprise hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai proses pendaftaran GRS sebagai gabungan parti politik rasmi di Sabah.

Mengulas mengenai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Masidi berkata, negara ini mengamalkan sistem demokrasi maka sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti baharu.

Namun, beliau tidak mengulas tentang hasrat KDM mahu menyertai GRS.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau tidak melihat isu pendaftaran GRS memberi sebarang kesan kepada politik Sabah.

“Saya melihat GRS ini sama ada didaftar atau tidak, ia tidak mendatangkan apa-apa impak kepada mana-mana pihak kerana GRS ini cuma platform mewujudkan sebuah kerajaan,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili memberi gambaran awal mengenai barisan kepimpinan GRS namun, barisan kepimpinan secara rasmi hanya akan diumumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor sebaik sahaja gabungan parti politik itu didaftarkan.

Ketika ini, GRS dianggotai oleh komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS); komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) serta Parti Bersatu Sabah (PBS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya