Penceramah dibenar buka pelitup muka semasa ceramah

SOP PRN Johor dipinda, penceramah dibenar buka pelitup muka

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua penceramah yang menyampaikan ceramah, syarahan atau kempen semasa berkempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibenarkan membuka pelitup muka hanya ketika menyampaikan ceramah.

Itu antara pindaan dan tambahan kepada prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan Covid-19 terkini
bagi pelaksanaan PRN Johor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuat kuasa serta merta.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, penggunaan pelitup muka itu bagaimanapun hendaklah terus memakai semula tanpa kelengahan selepas menyampaikan ceramah atau syarahan.

“Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara individu hendaklah sentiasa dikekalkan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Bagi SOP Aktiviti – Mesyuarat Parti dan Penjarakan fizikal di premis, SPR berkata, semua individu yang hadir mesyuarat diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Katanya, aktiviti bersalaman adalah dilarang.

SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya serta garis panduan pencegahan Covid-19 tersebut bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya dan tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Makluman berkenaan pindaan dan tambahan SOP Pencegahan Covid-19 boleh dirujuk portal spr.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya