Pemandu Ford Ranger direman tiga hari

Pemandu Ford Ranger direman tiga hari

TANGKAP layar kenderaan pacuan empat roda yang berlanggar dengan Lamborghini di Kilometer 34, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sedenak, Kulai di Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Wanita berusia 28 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger sehingga berlanggar dengan sebuah Lamborghini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, wanita berkenaan ditahan di pekarangan ibu pejabat polis daerah berkenaan pada pukul 1 pagi, hari ini.

“Wanita berkenaan kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video berdurasi 1 minit 14 saat yang menunjukkan sebuah Ford Ranger dipandu secara berbahaya sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran dengan sebuah kenderaan daripada kumpulan konvoi kereta mewah.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kilometer 34 Lebuhraya Utara-Selatan menghampiri susur keluar Sedenak, di sini pada pukul 6.10 petang, 18 Mac lalu.

Terdahulu Beng Yeow memberitahu, pemandu Ford Ranger itu cuba memotong konvoi berkenaan secara zig zag sebelum berlanggar dengan salah sebuah kereta ketika cuba memasuki lorong kiri.

Disebabkan pelanggaran itu, kumpulan konvoi berkenaan tidak berpuas hati dan telah menghentikan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya sebelum berlaku perselisihan faham antara pemandu Ford Ranger dan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN