‘Pelik pengawal keselamatan ada rekod lampau boleh bekerja’

‘Pelik pengawal keselamatan ada rekod lampau boleh bekerja’

MUSA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan bagai­mana pengawal keselamatan yang mempunyai rekod jenayah lampau boleh terlepas untuk diambil bekerja.
Beliau berkata, ini kerana syarikat sepatutnya menyemak rekod pekerja mereka terlebih dahulu sebelum mereka membekalkan pekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Selalunya apabila mahu bekerja dengan syarikat kese­lamatan, pihak syarikat perlu semak dengan Kementerian Dalam Negeri sekiranya ada rekod jenayah atau tidak sebelum diambil bekerja, tetapi yang ini saya pun pelik, macam mana boleh terlepas?

“Memang pegawai Ke­menterian Dalam Negeri ada memantau di lapangan dan boleh buat pemeriksaan, na­mun, pemantauan oleh syarikat itu lagi penting kerana melibatkan pegawai mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Beliau mengulas kes seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak, Cheras yang dipercayai merogol dan membunuh pe­nyelia kedai buku dalam kejadian Sabtu lalu, mempunyai tiga rekod berkaitan seksual dan satu kes ragut.

Justeru, Musa berkata, sya­rikat terlibat perlu bertang­gungjawab apabila pekerja me­reka melakukan sesuatu jenayah apatah lagi sudah mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, ini kerana mereka tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dite­tapkan dalam membekalkan pegawai keselamatan.
“Sepatutnya apabila su­dah dua tahun bekerja dan mempunyai keputusan rekod je­nayah lampau, pengawal keselamatan itu perlu diber­hentikan serta tidak lagi boleh bekerja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Seri Ramli Yusuff berkata, menjadi kewajipan sesebuah syarikat kawalan keselamatan berlesen untuk memastikan arahan 2.2.1 (berkaitan Tapisan Kesela­matan) Pekeliling Agensi Per­sendirian Bil 4/2010 dipa­tuhi.

“Memandangkan kes masih dalam siasatan polis, saya jangkakan berkemungkinan pengawal tersebut telah lulus tapisan keselamatan kerana tidak pernah diarahkan bertukar oleh majikan.

“Sekiranya pe­ngawal terse­but gagal tapisan dan masih bekerja, semestinya syarikat akan menghadapi masalah dalam melaksanakan perolehan kerajaan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya