meterai perjanjian

PBS, SAS meterai kerjasama penyelenggaraan pesawat

ZAINAB Ahmad (tengah) dan Ida Adora Asha'ari Ismail (kanan) menunjukkan MoA yang dimeterai di Pusat Aeroangkasa Antarabangsa (MIAC), Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Politeknik Banting Selangor (PBS) dan Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dalam pendidikan bidang penyelenggaraan pesawat dan pelaksanaan latihan On Job Training (OJT) pelajar.

Jalinan kerjasama selama lima tahun itu dimeterai antara Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif SAS, Ida Adora Asha’ari Ismail di Pusat Aeroangkasa Antarabangsa (MIAC), Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dekat sini, petang semalam.

Zainab berkata, kerjasama itu membuka peluang kepada PBS yang merupakan satu-satunya politeknik yang menawarkan Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat di negara ini.

Katanya, MoA itu membolehkan PBS menghantar 20 pelajar setiap ambilan bagi menjalani OJT bagi tempoh 6 bulan di SAS bermula Mac ini.

“Ia sejajar hasrat kerajaan dalam melahirkan pelajar kompeten dalam bidang penyelenggaraan pesawat sekaligus memenuhi keperluan industri dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” katanya. Yang turut hadir, Pengarah PBS, Zainah Rujihan.

Jelas Zainab, OJT adalah latihan praktikal berstruktur dengan menempatkan pelajar di industri yang mempunyai life aircraft supaya pelajar memperoleh pembelajaran berasaskan pengalaman.

“Pelajar akan menjalani OJT itu bagi memenuhi syarat CAD 1801 yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Ia bagi membolehkan mereka memperoleh Sijil Profesional Aircraft Maintenance License,” ujarnya.

Kata Zainab, PBS sudah melahirkan seramai 596 graduan Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat sehingga tempoh Disember 2020.

“Politeknik itu turut diiktiraf sebagai Maintenance Training Organization (MTO) oleh CAAM pada 20 April 2018.

“Selain itu, Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat mendapat akreditasi daripada The Engineering Technology Accreditation Council (ETAC),” katanya.

Tambah beliau, PBS turut membuat penambahbaikan kepada kurikulum diploma itu iaitu pelajar memperoleh diploma dan Aircraft Maintenance Licence (AML) dalam tempoh tiga tahun.

Dalam pada itu, SAS merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan dalam bidang kepakaran penerbangan dan mempunyai Certificate of Approval daripada CAAM sebagai Approved Maintenance Organisation.

SAS sebelum ini sudah mengambil dua lepasan PBS bekerja sebagai Jurutera Berlesen Penyelenggaraan Pesawat dan juruteknik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya