[PAU 2021] ‘UMNO boleh bagi cadangan, akhirnya Agong yang tentukan’ - Utusan Malaysia

[PAU 2021] ‘UMNO boleh bagi cadangan, akhirnya Agong yang tentukan’

arahan
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO boleh memberi cadangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan lebih awal, namun akhirnya, semua keputusan terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong.

Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata, Perdana Menteri perlu mendapatkan keputusan daripada Kabinet tentang perkara itu sebelum dibawa menghadap kepada Yang di-Pertuan Agong.

“UMNO boleh minta untuk buat keputusan tapi akhirnya nanti yang buat keputusan jadi tidak jadi, adalah Yang di-Pertuan Agong. Dari segi perlembagaan, yang menasihatkan Agong bukan Perdana Menteri seorang, tetapi itu keputusan Kabinet. Perdana Menteri akan bawa ke Kabinet. Kabinet setuju, baru Perdana Menteri bawa menghadap Yang di-Pertuan Agong. Kalau Kabinet tak setuju, tak ada apa yang boleh dibawa Perdana Menteri kepada Agong.

“Walaupun Kabinet kata bersetuju, tapi Agong mempunyai kuasa mutlak terima atau tolak keputusan Kabinet. Kita tak boleh tahu boleh buat ke tak boleh buat, kita boleh berusaha merayu bercadang, itu bolehlah,” katanya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab mempunyai kuasa untuk menentukan arah tuju parti sendiri dalam mendepani PRU-15 meskipun kuasa membubarkan Parlimen adalah keputusan Kabinet.

Katanya, UMNO adalah sebuah parti yang menjunjung Perlembagaan negara apabila memahami bahawa kuasa untuk membubarkan Parlimen adalah keputusan Kabinet apabila Perdana Menteri yang akan berurusan dengan memohon perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya