[PAU 2021] ‘Terserah pada parti tentukan saya bertanding Parlimen’ - Hasni - Utusan Malaysia

[PAU 2021] ‘Terserah pada parti tentukan saya bertanding Parlimen’ – Hasni

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukannya untuk bertanding di Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Hasni berkata, beliau menghargai pandangan perwakilan sayap-sayap parti terhadap cadangan agar dirinya bertanding di peringkat Pusat.

Sebaliknya katanya, bukan hak beliau untuk menentukan perkara itu kerana segalanya kepada keputusan kepimpinan parti.

“Tetapi yang penting pada waktu ini untuk kita menterjemahkan apa jua dasar kita buat pada hari ini dan esok. Saya amat yakin dan percaya kesudahan persidangan ini untuk melihat penyatuan kukuh antara barisan pemimpin negara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, ramai dalam Pergerakan Puteri UMNO kecewa apabila Hasni tidak diangkat menjadi Menteri Besar Johor.

Menerusi ucapan dasar, Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, dengan mempercepatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Hasni perlu diberi peluang sekali lagi untuk bertanding peringkat Parlimen.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata, langkah mengisytiharkan harta dalam kalangan Exco kerajaan negeri merupakan satu usaha mewujudkan sebuah kerajaan yang berintegriti sejajar Lima Ikhtiar BN Johor.

“Saya percaya komposisi barisan Exco akan membariskan orang muda kerana ramai calon-calon orang muda. Itu baik untuk negeri Johor,” katanya.

Mengulas pilihan raya umum awal, Hasni menjelaskan itu terserah kepada pandangan parti dan pertimbangan kerajaan untuk mengadakannya dengan dalam masa terdekat dengan mereka perlu berbincang mengenai keperluan mengadakan pilihan raya lebih awal.

“Soal parti mahu mengadakan pilihan raya awal apabila mereka merasakan perlu mengekalkan momentum kemenangan Johor, Melaka dan Sarawak, tetapi akhirnya kerajaan perlu membuat pertimbangan.

“Namun Presiden pernah mengatakan kerajaan dan parti perlu bergerak seiring. Jadi saya berharap kepimpinan parti dan kerajaan dapat duduk berbincang dalam soal ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya