[PARLIMEN] Audit Negara 2020: PAC pandang serius isu pembaziran, kerugian wang awam

PAC adakan mesyuarat khas teliti isu kerugian, pembaziran wang negara

RUU Anti Lompat Parti mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 ahli Parlimen untuk memastikan kerajaan yang stabil.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti segala isu pembaziran, kerugian wang dan pemborosan dana kerajaan seperti yang tertera dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020.

Ini selepas PAC mendapat taklimat berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 Siri 1 daripada Jabatan Audit Negara yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, sekurang-kurangnya lima daripada 682 isu pengauditan berpotensi dikenakan tindakan punitif dan baki 677 isu lagi membabitkan isu korektif.

Katanya, beliau akan memulakan prosiding selepas mendapat persetujuan sebulat suara anggota PAC.

“PAC akan memilih dan membuat keputusan untuk memulakan prosiding, dengan pemilihan subjek tertakluk kepada keputusan sebulat suara ahli PAC terhadap isu yang akan disiasat,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

LKAN Tahun 2020 Siri 1 hari ini melaporkan bahawa terdapat kegagalan dalam menguruskan dana kerajaan dengan baik yang melibatkan lebih RM1.3 bilion.

Antaranya, kes pemborosan RM2.81 juta membabitkan Projek Menaik Taraf Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan kes pembaziran berjumlah RM16.77 juta melibatkan Pengurusan Program Pembangunan Tenaga Boleh Baharu.

Turut dilaporkan satu kes kehilangan atau kerugian wang awam berjumlah RM44.53 juta membabitkan Aktiviti Kawalan Terhadap Penggajian Ekspatriat.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melakukan pembayaran dividen secara tidak teratur.-UTUSAN 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN