Padah tinggal beg tangan dalam kereta, wanita rugi RM20,000 

Padah tinggal beg tangan dalam kereta, wanita rugi RM20,000 

SAPIAH Omar menunjukkan cermin keretanya yang dipecah penjenayah ketika diparkir di Jalan Pak Dagang, Dungun, Terengganu semalam. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Gara-gara meninggalkan beg tangan di dalam kereta Proton Saga yang diparkir, seorang pekerja pasar raya di daerah ini kerugian kira-kira RM20,000. 

Kejadian keretanya dipecah hanya disedari Sapiah Omar, 53, selepas habis syif bekerja kira-kira pukul 6 petang, semalam. 

Sapiah berkata, sebelum kejadian beg tangan yang mengandungi barang kemas dan wang tunai itu disimpan di bawah tempat duduk penumpang hadapan. 

“Kereta saya diparkir 100 meter dari pasar raya tempat bekerja kira-kira pukul 10 pagi. 

“Apabila kembali ke kereta untuk pulang saya terkejut tengok cermin penumpang hadapan pecah dan kaca bertaburan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. 

Sapiah berkata, kejadian pecah kenderaan tidak pernah berlaku di sekitar kawasan itu kerana lokasinya sering menjadi tumpuan ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, pihaknya giat memburu penjenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan barangan berharga dalam kenderaan bagi mengelak kejadian sama berulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN