PETALING JAYA :Seorang murid perempuan Sekolah Kebangsaan Midah 1, Cheras dekat sini, yang dilaporkan hilang petang tadi ditemukan selamat.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengesahkan perkara itu sebentar tadi.
Difahamkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai kejadian berkenaan.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan murid perempuan dikenali Sofia Raniya, 8, itu yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik dilaporkan hilang.
Ibu kepada kanak-kanak itu dikenali sebagai Ryana berkata, dia sepatutnya mengambil anaknya pulang kira-kira pukul 5.50 petang tadi.
Namun, disebabkan keadaan lalu lintas yang sesak menyebabkan dia lewat tiba pada pukul 6.20 petang sebelum mendapati anaknya tiada di sekolah berkenaan. – UTUSAN