Cadang tubuh jawatankuasa kembangkan Bahasa Melayu  - Utusan Malaysia

Cadang tubuh jawatankuasa kembangkan Bahasa Melayu 

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Induk Pengembangan Bahasa Melayu Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara-negara ASEAN. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, jawatankuasa itu akan merancang pelbagai program kerjasama termasuk  penyelidikan, pengembangan Bahasa Melayu di IPT di negara-negara ASEAN dan program terjemahan serta adaptasi karya-karya ilmu. 

Beliau berkata, KPT  mengenal pasti 19 universiti di Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina yang berpotensi untuk program-program kolaborasi dengan universiti tempatan. 

“Dalam hal ini, KPT telah melantik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sebagai sekretariat bagi memulakan kerjasama strategik itu. 

“Ketika ini, kira-kira 300 juta  penutur Bahasa Melayu di negara-negara induk Bahasa Melayu dan di negara-negara ASEAN lain yang mempunyai komuniti berbahasa Melayu. 

“Kami menjangkakan program pengembangan Bahasa Melayu ini dapat melonjakkan taraf dan peranan Bahasa Melayu sebagai bukan sahaja lingua franca, bahkan sebagai bahasa ilmu dan bahasa berniilai ekonomi di rantau ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Katanya, cadangan penubuhan jawatankuasa ini antara lain sesuai dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar Bahasa Melayu dimartabatkan di peringkat antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya