Mangsa kebakaran di sekolah dipercayai dibunuh

Mangsa kebakaran di sekolah dipercayai dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita yang ditemukan rentung dalam sebuah bilik di kawasan sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras dekat sini, semalam, dipercayai dibunuh.

Ia susulan polis menerima maklumat melalui panggilan MERS 999 pada pukul 6.18 petang mengenai kejadian kebakaran di sebuah bilik dalam kawasan sekolah tersebut. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa berusia 25 tahun itu bekerja sebagai penyelia kedai buku di sekolah itu.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Balai Polis Salak Selatan ke tempat kejadian dan mendapati kebakaran dipadamkan dan satu mayat dalam keadaan rentung ditemukan pasukan bomba.

“Mayat diserahkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata, susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa bukti yang sahih,” katanya.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau balai polis berdekatan.

Terdahulu, seorang mangsa ditemukan rentung terbakar dalam kejadian di sekolah berkenaan pada pukul 6.04 petang oleh pasukan bomba yang memadam kebakaran. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya