Mangsa bah pulang, kini 50 PPS di Terengganu - Utusan Malaysia

Mangsa bah pulang, kini 50 PPS di Terengganu

Seorang penduduk menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan yang ditenggelami banjir ketika tinjauan di Kampung Nibong di sini hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu menurun kepada 50 buah berbanding 87 yang direkodkan, semalam. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, setakat pukul 8 pagi ini, kesemua PPS yang menempatkan 11,655 mangsa itu beroperasi di enam daerah manakala di Besut dan Marang kini ditutup. 

Katanya, keadaan cuaca baik membolehkan bilangan mangsa bah di Kemaman turun mendadak kepada 4,967 orang diikuti Hulu Terengganu (4,554 orang) dan Dungun (1,478 orang). 

“Di Kuala Nerus, hanya 274 penduduk masih berada di empat PPS manakala di Kuala Terengganu (237 orang) dan Setiu (7 orang),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Lebih ramai penduduk dijangka pulang ke rumah masing-masing hari ini susulan banjir yang makin pulih dan tidak hujan.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN