Malaysia tidak alami fenomena Ekuinoks hari ini

Malaysia tidak alami fenomena Ekuinoks hari ini

INFOGRAFIK yang disediakan oleh Balai Cerap Telok Kemang, Port Dickson mengenai fenomena Ekuinoks.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Fenomena Ekuinoks yang berlaku hari ini tidak akan dialami di negara ini kerana Malaysia berada hampir di garisan Khatulistiwa.

Ketua Unit Baitul Hilal Telok Kemang, Muzamir Mazlan malah menjelaskan, fenomena Ekuinoks yang berlaku dalam tempoh dua kali setahun ini juga tiada kaitan dengan berlakunya gelombang haba, peningkatan suhu melampau.

atau pemanasan global.

“Pemanasan global adalah kesan daripada perubahan iklim. Orang ramai hanya dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri serta minum air yang secukupnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muzamir menjelaskan, semasa fenomena ini, matahari akan terbit tepat di arah Timur (azimuth 90 darjah) dan terbenam tepat di arah Barat (azimuth 270 darjah) yang menyebabkan bumi akan mengalami tempoh waktu siang dan malam yang hampir sama panjang.

“Fenomena Ekuinoks akan berlaku pada hari ini dan 23 September nanti. Perbezaan masa tersebut adalah disebabkan oleh bumi yang mengelilingi matahari dengan kecondongan paksinya 23.4 darjah,” katanya.

Dalam pada itu, Muzamir menjelaskan, bagi negara yang berada di hemisfera utara, fenomena Ekuinoks pada bulan Mac ini adalah tanda bermulanya musim bunga dan bermula musim luruh bagi negara di hemisfera selatan. 

“Bagi kawasan yang berada tepat di atas garisan Khatulistiwa seperti Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, mereka akan mengalami tengah hari tanpa bayang pada hari fenomena Ekuinoks tersebut. 

“Di Malaysia pula, akan mengalami tengahari tanpa bayang akan berlaku lewat sedikit daripada tarikh fenomena Ekuinoks iaitu antara 27 Mac hingga awal April yang berlaku pada hari yang berbeza mengikut lokasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya