MAFI nilai kerugian agromakanan akibat banjir di Kelantan, Terengganu

MAFI nilai kerugian sektor agromakanan akibat banjir di Kelantan, Terengganu

RONALD Kiandee (tengah) menyampaikan Anugerah Khas Pingat Emas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tahun 2020 kepada Mohd Zakaria Abd Rahman pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-10 Tahun 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) masih menilai kerugian dalam sektor agromakanan yang terjejas akibat banjir di Kelantan dan Terengganu, baru-baru ini. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, setakat ini, anggaran kerugian yang direkodkan adalah berjumlah RM500,000 membabitkan sektor padi beras, penternakan dan akuakultur. 

“Kami sedang mengemas kini dan menilai kerosakan dan kerugian dihadapi selain menjangkakan jumlahnya akan meningkat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-10, di sini hari ini. 

Katanya, setakat ini, MAFI menyalurkan bantuan berjumlah RM22 juta kepada sektor agromakanan yang terjejas akibat banjir pada Disember tahun lalu termasuk di Selangor, Pahang dan Melaka. 

Ronald berkata, bantuan berkenaan termasuklah peralatan pertanian, baja dan anak benih serta dalam bentuk moratorium pinjaman. 

“Dana bantuan yang disalurkan dijangka sentiasa meningkat sebab nilaian ada yang belum tamat lagi dan ada yang bertambah,” katanya.

Sebelum ini, MAFI mengganggarkan kerugian dialami petani, penternak dan nelayan akibat bencana banjir pada Disember tahun lalu mencecah RM90 juta. 

Bagaimanapun, setakat ini, sejumlah RM22 juta dana bantuan sudah disalurkan kepada 1,200 mangsa yang terjejas. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN