KPDNHEP Melaka periksa 9,898 premis, jumlah kompaun RM18,600

KPDNHEP Melaka periksa 9,898 premis

ANGGOTA penguatkuasa KPDNHEP Melaka sedang memeriksa sebuah kedai runcit begi memastikan pemain industri mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka memeriksa sebanyak 9,898 premis  untuk tempoh 1 Januari hingga 13 Mac lalu, bagi memastikan pemain industri mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

Pengarah KPDNHEP negeri, Norena Jaafar berkata, hasil tindakan proaktif dan berterusan itu, terdapat 123 kes sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, jumlah kompaun yang direkodkan adalah sebanyak RM18,600, sementara nilai sitaan berjumlah RM1,427.30 .

“Sebanyak 93 kes yang telah dihasilkan ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Pencatutan, Akta Timbang Sukat sebanyak 17 kes, Akta Perlindungan Pengguna (lapan kes) dan Akta Kawalan Bekalan (lima kes).

“Kementerian turut memperkukuh pemantauan harga dengan kerjasama pelbagai pihak seperti rakan KPDNHEP, pegawai pemantau harga, kerajaan negeri serta agensi negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norena, pihaknya telah menyelesaikan 647 aduan berkaitan kepenggunaan di Melaka pada 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN