hubungan jernih

KM nafi krisis ‘Sulaiman – Ab. Rauf’

SULAIMAN Md. Ali bercakap dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menafikan berlaku keretakan hubungannya dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sebagaimana didakwa sebuah portal sebelum ini. 

Katanya, setakat ini hubungannya dengan Ab. Rauf yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri kekal jernih. Malah mereka  menghadiri Expo 2020 Dubai bersama-sama, dua minggu lalu. 

“Tidak ada apa, hari itu saya di Dubai bersama-sama dengannya (Ab. Rauf). Bilik dia, bilik saya pun sebelah. 

“Kami duduk dan makan bersama, pergi ke empat lawatan pelaburan bersama-sama, jadi tak ada apa,” katanya ketika diminta mengulas mengenai spekulasi tersebut selepas ditemui pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh menjadi Exco pertama menafikan spekulasi konflik dalaman jawatan Ketua Menteri yang kini didakwa sedang melanda kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tiada gerakan dalam kalangan 21 ADUN Barisan Nasional (BN) untuk mengganti kepemimpinan Sulaiman.

Ia susulan laporan sebuah portal yang mendakwa, kedudukan Sulaiman goyah berikutan wujud cubaan untuk menjatuhkan beliau oleh ADUN kerajaan sendiri.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, laporan itu hanyalah spekulasi dibuat pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda politik.

“Tak ada, saya tidak pernah terfikir pun soal itu, malah Datuk Rauf pun tak ada fikir benda ini. 

“Orang suka buat spekulasi, jadi benda di luar saya punya itu (pengetahuan) saya tak ada komen apa-apalah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya