Kiosk Bantuan MySejahtera dibuka di Johor

Kiosk Bantuan MySejahtera dibuka di Johor

PENGGUNA boleh berkunjung ke lokasi ditetapkan untuk mengemas kini data berkaitan di aplikasi MySejahtera masing-masing di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengguna yang menghadapi masalah dengan aplikasi MySejahtera mereka boleh berkunjung ke dua lokasi yang beroperasi sementara di negeri ini bermula esok hingga Ahad.

Laman Twitter MySejahtera memaklumkan, pada 9 hingga 11 Mac, kiosk tersebut dibuka di Dewan Muafakat Taman Adda Heights, di sini bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Lokasi kedua di Dewan Maharani, Muar pula beroperasi pada 13 Mac mengikut waktu yang sama.

MySejahtera memberitahu, sebanyak 800 keping tiket akan dikeluarkan setiap hari bermula pukul 9 pagi.

Pengguna juga diminta membawa bersama kad vaksinasi fizikal dan dokumen berkaitan untuk tujuan mengemas kini data di aplikasi MySejahtera, namun perkhidmatan itu tidak melibatkan isu sijil vaksinasi di bawah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri.

Pengguna yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau mempunyai masalah notis HSO tidak dibenarkan masuk.

Sementara itu, tarikh dan lokasi untuk kiosk sama bagi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan negeri-negeri seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN