kes Covid-19 turun

Kes sembuh Covid-19 mengatasi kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan  22,030 kes positif berbanding kelmarin, 22,535 kes sekali gus diatasi 33,872 kes sembuh. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan 388 kes berbanding kelmarin, 384 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit penurunan kepada 215 kes berbanding kelmarin, 222 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan dua kluster berbanding kelmarin, enam kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,883 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 377 kluster berbanding kelmarin, 389 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,506 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 226 kes daripada 22,030 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima. 

Katanya, baki kes harian, 21,804 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 226 kes kategori tiga, empat dan lima, 52 kes atau 23 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 111 kes atau 49.12 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak; 63 kes atau 27.88 peratus telah menerima dos penggalak. 

“Selain itu, 144 kes atau 63.72 peratus berumur 60 tahun dan ke atas dan 64 kes atau 28.32 peratus mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 92 kes berbanding semalam, 87 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 33,899 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 33 daripada 92 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,076 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN