Kereta simpan 12 tong petrol hangus terbakar

Kereta simpan 12 tong petrol hangus terbakar

SEBUAH kereta yang menyimpan 12 tong petrol terbakar di Kampung Kedai Lalat, Kota Bharu. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebuah kereta dipercayai menjadi tempat simpanan sebanyak 12 tong minyak petrol terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian di tepi sebuah rumah di Kampung Kedai Lalat, di sini hari ini.

Kereta jenis Proton Saga itu disedari terbakar kira-kira pukul 10.30 pagi ini dan dipercayai berpunca daripada bahang terhasil daripada petrol di dalam tong-tong terbabit akibat cuaca terlalu panas.

Penduduk dan saksi kejadian hanya mahu dikenali Azmi, 30, berkata, selepas melihat api semakin marak, dia segera menghubungi pihak bomba kerana bimbang kebakaran merebak ke rumahnya yang berada tidak jauh dari lokasi.

“Api merebak dengan cepat sehingga keseluruhan kereta itu hangus terbakar. Saya difahamkan pemiliknya ada menyimpan 12 tong berisi petrol dalam kereta tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan lapan anggota.

“Kami mengambil masa selama 14 minit untuk mengawal api daripada terus merebak ke sebuah rumah yang ketika itu didapati tiada penghuni.

“Kereta itu tidak dapat diselamatkan apabila hangus 100 peratus akibat kebakaran. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya