PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan menafikan surat perletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan sebagaimana yang tular ketika ini.
Kementerian itu dalam kenyataan melalui Twitter memaklumkan, fokus beliau kekal untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara dari belenggu Covid-19.
Terdahulu, satu kenyataan media palsu tersebar yang memaklumkan peletakan jawatan Tengku Zafrul berkuat kuasa semalam kerana kekal dengan pendirian tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000. – UTUSAN