Kefahaman perjuangan bebas Al-Quds ditingkat

Kefahaman perjuangan bebas Al-Quds ditingkat

IDRIS Ahmad menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Nadir Al-Nuri yang mewakili Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia, di Putrajaya. - FB IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perjuangan pembebasan Al-Quds (Baitulmaqdis) bukan tanggungjawab rakyat Palestin sahaja, bahkan isu kemanusiaan itu mesti disambut di peringkat global. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perjuangan pembebasan kota suci itu juga bukanlah sesuatu yang asing bagi umat Islam di negara ini. 

Justeru, katanya, usaha perlu dilakukan bagi mempertingkat kefahaman umat Islam khususnya berhubung realiti dan isu sebenar yang berlaku di Palestin pada hari ini.

“Tambahan bagi umat Islam adalah isu akidah dalam meneruskan perjuangan para nabi dan rasul. Kita menentang segala kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan oleh rejim Israel Zionis terhadap penduduk Palestin merentasi agama dan bangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Solidariti dan Sambutan Minggu AlQuds di sini, hari ini. 

Katanya, bagi membangkitkan kefahaman itu, sambutan Minggu Al-Quds dianjurkan bagi mencetuskan gelombang kesedaran secara berterusan perjuangan nafas panjang Baitulmaqdis dan rakyat Palestin. 

Idris berkata, sebagai tanda solidariti,  kerajaan melalui Tabung Musa’adah Jakim-Yayasan Waqaf Malaysia memperuntukkan sebanyak RM500,000 kepada Nadir Al-Nuri yang mewakili Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia.

Menurutnya, beliau juga mahu program Minggu AlQuds itu dijadikan sebagai acara tahunan bagi mencetus kesedaran berterusan rakyat Malaysia akan perjuangan Al-Quds. 

“Saya mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menjadi Sekretariat Bersama dengan pihak AID4Palestin (Aid For Palestin) bagi menganjurkan sambutan minggu Al-Quds ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN