Kawasan Bebas Berniaga dilanjut sehingga Disember

Kawasan Bebas Berniaga dilanjut sehingga Disember

DR. MOHD HAYATI OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri hari ini melanjutkan pelaksanaan Kawasan Bebas Berniaga sehingga 31 Disember ini untuk membantu meringankan beban peniaga dan penjaja kecil di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco hari ini. 

“Pada 25 November 2020, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memutuskan bahawa kerajaan negeri melaksanakan Kawasan Bebas Berniaga di Kedah berkuatkuasa sehingga ke semua fasa atau kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan sepenuhnya oleh kerajaan sebagai membantu mereka yang terjejas. 

“Memandangkan bulan Ramadan dan Aidilfitri semakin menghampiri, tempoh persediaan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu peniaga atau penjaja kecil menambah mata pencarian sebelum mereka berpindah dan mencari kaedah lain untuk kelangsungan hidup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pada masa yang sama peniaga terlibat disarankan untuk berniaga di tapak yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

 “Saya juga turut mengingatkan kepada peniaga dan pembeli di bazar Ramadannanti dapat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang  dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari sudut penjarakan fizikal dan scan di MySejahtera,” katanya.

 Berkaitan solat tarawih di masjid pula, kata beliau, setiap jemaah dinasihatkan sentiasa mengambil berat walaupun saf boleh dirapatkan pada 1 April ini.

 “Namun pelitup muka dan sejadah hendaklah dibawa bersama ketika hendak ke masjid atau surau,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN