Kapal kargo Indonesia ditahan bersauh secara haram - Utusan Malaysia

Kapal kargo Indonesia ditahan bersauh secara haram

KAPAL kargo dari Indonesia yang ditahan selepas disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah kapal kargo dari Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor selepas disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal yang berdaftar dari Pontianak, Indonesia itu ditahan di kedudukan 18.4 batu nautika timur Tanjung Balau, kira-kira pukul 12.35 tengah hari.

Katanya, kapal kargo tersebut dikendalikan 12 kru lelaki warga Indonesia berusia antara 23 hingga 46 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap dokumen kapal mendapati kapal bersauh sejak 25 Mac lalu dan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

“Oleh demikian nakhoda dan ketua jurutera kapal telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nurul Hizam, jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN