JPL Sarawak sedia bantu nelayan berlesen melalui AgroBank

JPL Sarawak sedia bantu nelayan berlesen melalui AgroBank

LIZA Long (kiri) dan Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani (kanan) melepaskan benih anak ketam pada Majlis Interaksi bersama Nelayan dan Program Pelepasan Benih Ketam Nipah, di Jeti Kampung Sampadi, Lundu di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDU: Jabatan Perikanan Laut (JPL) Sarawak melalui AgroBank menyediakan pinjaman mudah sehingga RM300,000 kepada nelayan berlesen di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Liza Long berkata ia merupakan usaha untuk memodenkan nelayan tempatan dengan menawarkan kadar faedah yang rendah pada tiga peratus tanpa caj tambahan.

“Terdapat beberapa syarat yang dikenakan seperti nelayan mesti berdaftar dan mempunyai lesen.

“Selain itu, had umur sehingga 70 tahun menjelang akhir tempoh pinjaman. Tempoh pinjaman pula dibenarkan sehingga maksimum tempoh 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Interaksi bersama Nelayan dan Pelepasan Ketam Nipah di Jeti Kampung Sampadi di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pinjaman itu disediakan tertakluk kepada nelayan yang ingin melakukan pengubah suaian mereka termasuk bahan kaca gentian atau enjin.

“Mereka yang berminat boleh terus ke cawangan Agrobank atau pejabat perikanan daerah di Sematan untuk mengetahui lebih lanjut,” katanya.

Pada masa sama, Liza menyatakan terdapat satu lagi program pemodenan kapal di bawah Dana Keselamatan Makanan (DJM).

Beliau berkata jabatan perikanan telah diperuntukkan RM150 juta untuk melaksanakan Program Mordenisasi Kapal dan Meknisasi Peralatan tahun ini.

“Namun setakat ini hanya RM3.5 juta daripada jumlah peruntukan direkodkan berdasarkan permohonan yang dibuat nelayan untuk program ini.

“Justeru, saya ingin menggesa nelayan tempatan di sini untuk turut sama terlibat dalam program ini. Mereka boleh berbuat demikian melalui Pegawai Daerah Lundu,” ujarnya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya