Idris bantu peneroka Felda, hapus hutang - Wan Rosdy - Utusan Malaysia

Idris bantu peneroka Felda, hapus hutang – Wan Rosdy

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pelbagai usaha dilakukan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh bagi membantu warga tanah rancangan berkenaan termasuk membabitkan penghapusan hutang peneroka. 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang memuji usaha dilakukan Pengerusi Felda itu berkata, Idris juga adalah individu yang terus membantu untuk menyelesaikan isu Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di kawasan tanah rancangan berkenaan.

“Untuk menyelesaikan (masalah Felda) sekali gus tidak mungkin dan Idris telah berhempas pulas bagi membantu masyarakat Felda dalam usaha menghapuskan hutang peneroka. 

“Saya boleh katakan di sini penyelesaian isu Felda adalah atas daya usaha Idris selaku Pengerusi Felda dan bukan orang lain,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Wan Rosdy berkata, beliau percaya rakyat khususnya peneroka Felda di Johor dapat menilai pihak mana yang ikhlas memperjuangkan dan membela nasib mereka sejak Felda ditubuhkan. 

Dalam pada itu, beliau menyeru pengundi di Johor supaya memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) itu pada 12 Mac ini. 

Ia katanya, bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri itu tidak ada gangguan daripada mana-mana pihak lain demi kelestarian rakyat di Johor.

Beliau turut memberi contoh pentadbiran Pahang yang cukup efisien memandangkan tidak ada ugutan atau gangguan dalam pentadbiran kerajaan. 

“Situasi ini dicapai kerana kerajaan negeri stabil dan mampu memberi keyakinan terhadap pelabur asing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN