PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa tempat di hampir seluruh negara sehingga pukul 8 malam.
Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) ; Pulau Pinang ; Perak ; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera dan Rompin) ; Selangor ; Kuala Lumpur ; Putrajaya; Negeri Sembilan dan Melaka.
“Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) ; Sarawak: Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang ; Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) sehingga 8 malam.
Tambah Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.