Emas: Hobi yang 'digadai' demi kelangsungan hidup

Emas: Hobi yang ‘digadai’ demi kelangsungan hidup

emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketika fasa pertama pandemik Covid-19 melanda dunia pada tahun 2020, jualan emas dalam negara pernah dilaporkan meningkat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hingga mencatatkan nilai lonjakan luar biasa.

Situasi ini mungkin menghairankan buat sesetengah pihak tambahan pula, trend pembelian emas yang dianggap sebagai pelaburan, meningkat walaupun harga emas sedang naik ketika itu.

Namun, tidak kurang juga situasinya apabila ada yang terpaksa menggadai emas atas desakan hidup.

Hal ini turut diakui pengurus Gull Jewellery, Farid Hamidi Mohd Salleh, yang melihat dan berdepan dengan situasi tersebut apabila ramai yang berusaha memperolehi wang dengan cara menggadai emas demi kelangsungan hidup sewaktu PKP tempoh hari.

“Ada antara kisah yang saya masih ingat ialah bagaimana seorang wanita yang telah lima tahun menjadi pembeli emas di kedai kami, tiba-tiba datang pada suatu hari dan menyatakan hasrat untuk menggadai barangan kemasnya, walhak saya cukup tahu, mengumpul emas adalah hobinya.

“Wanita tersebut mengaku mengalami tekanan hidup terutama apabila suaminya mengalami kemerosotan dalam perniagaan mereka. Satu cara untuk memperolehi wang ketika itu adalah dengan menggadai barang kemas demi menampung keperluan hidup.

“Ia boleh dikira satu contoh pengorbanan daripada seorang wanita kerana semua tahu, kaum wanita biasanya memiliki nilai sentimental yang menebal terhadap barangan kemas mereka,”katanya.

Pelanggan sebagai nadi

Selain itu, kata Farid, sejak ditubuhkan di Wangsa Maju pada tahun 2014 dan seterusnya di Shah Alam, sebagai seorang pengurus, pihaknya juga mengutamakan aspek layanan tanpa ada perbezaan agama atau status.

Ini kerana, kata Farid mereka sentiasa menekankan pelanggan sebagai nadi.

“Kami percaya pelanggan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan jenama. Malah kami juga menetapkan piawaian baharu dalam dagangan barang kemas tempatan.

“Kami berusaha untuk memastikan pelanggan pada tahap terbaik mereka dengan melakukan pendekatan untuk memenuhi semua keperluan pelanggan tanpa menjejaskan kelestariannya.

“Tentunya kami menawarkan potongan unik yang halus, mudah dipakai dan beri kepuasan maksimum. Dari segi harga, boleh dikatakan ia begitu berdaya saing membolehkan reputasi dikekalkan sebagai peneraju Malaysia dalam peruncitan barang kemas yang dimiliki dan destinasi wajib untuk penggemarnya,” katanya.

Jenama itu turut menjangkakan akan terus menjadi pilihan utama untuk pelanggan dan bangkit menjadi barang kemas tempatan yang terbaik di Malaysia

Seiring dengan itu, pelbagai promosi dianjurkan termasuklah antara promosi terdekat bersempena meraikan Aidilfitri untuk pelanggan setia serta VIP. Seterusnya menyediakan lebih banyak promosi besar-besaran untuk pelanggan pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN