EcoWorld International capai jualan RM685 juta

EcoWorld catat jualan 68 peratus lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Eco World International Berhad (EcoWorld International) capai jualan RM685 juta dalam suku pertama tahun kewangan 2022, iaitu 68 peratus lebih tinggi daripada jualan yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Kumpulan juga mempunyai tempahan yang kukuh sebanyak RM393 juta jumlah jualan termasuk rizab pada 28 Februari 2022 berjumlah RM1.077 bilion.

Embassy Gardens dan London City Island merupakan penyumbang terbesar kepada jualan, menjana RM240 juta dan RM229 juta jualan masing-masing berdasarkan kontrak.

Bagaimanapun, kumpulan merekodkan kerugian sebelum cukai  sebanyak RM12.74 juta pada suku pertama 2022 disebabkan kurang penyerahan hartanah yang dijual kepada pelanggan pada suku semasa, berbanding keuntungan sebanyak RM77.47 juta pada suku sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Teow Leong Seng berkata, EcoWorld International mempunyai permulaan yang baik untuk 2022 kerana pakej insentif yang menarik ditawarkan kepada pelanggan membawa kepada kebangkitan semula minat membeli terutamanya untuk projek London City Island dan Embassy Gardens.

“Permintaan tempatan di Australia juga telah pulih secara berterusan yang menyumbang kepada Jualan RM685 juta diperoleh dalam empat bulan pertama tahun kewangan ini.

“Walaupun prospek pasaran jangka pendek terus mencabar, dengan kebimbangan mengenai potensi peningkatan konflik semasa di Eropah antara Rusia dan Ukraine serta kekangan rantaian bekalan kekangan dan kebimbangan kadar inflasi yang meningkat, kami mempunyai kelebihan tertentu.

“Projek kami di Australia telah siap sepenuhnya dan projek utama kami di London di bawah usaha sama EcoWorld-Ballymore hampir mencapai penyiapan penuh,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, keadaan persekitaran turut memihak kepada kumpulan kerana harga jualan akan mendapat manfaat daripada kenaikan harga hartanah manakala kos untuk projek siap dan hampir siap sebahagian besarnya dilindungi daripada tekanan inflasi.

“Bagaimanapun, kami mengakui persekitaran pasaran yang tidak menentu disebabkan oleh peningkatan ketegangan geo-politik, keputusan strategik yang dibuat pada penghujung 2021 untuk mempercepatkan bayaran balik tunai melalui penjualan unit kami yang telah siap, kekal kukuh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN