Bas Singgah-Singgah: Jangan jadi projek gajah putih - Utusan Malaysia

Bas Singgah-Singgah: Jangan jadi projek gajah putih

BAS Singgah-Singgah memulakan operasi pada 11 Mac lalu secara percuma hingga hujung Mei sebagai usaha promosi dan pengenalan awal kepada para pelancong. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Rakyat negeri ini bimbang produk pelancongan terbaharu iaitu bas elektrik Singgah-Singgah akan menjadi projek gajah putih sama seperti monorel yang terkubur begitu sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditemui Utusan Malaysia, seorang peniaga, Zaini Hussin, 64, berkata, sebelum ini pun sudah ada perkhidmatan serupa iaitu bas pelancongan dua tingkat yang dikenali dengan jolokan nama bas London, juga sudah tidak kelihatan lagi.

“Saya pun tidak tahu ia pergi ke mana. Fungsi bas Singgah-Singgah juga hampir sama dengan bas London. Satu kerugian sekiranya inisiatif yang baik dan memberi manfaat kepada ekonomi rakyat tidak disokong dengan hala tuju yang jelas.

“Namun, dalam jangka masa panjang, insya-Allah, bas Singgah-Singgah mampu bertahan asalkan strategi yang tepat diguna pakai,” katanya ketika ditemui.

Bas Singgah-Singgah mula beroperasi pada 11 Mac lalu secara percuma hingga hujung Mei ini sebagai usaha promosi dan pengenalan awal kepada para pelancong.

Sementara itu, seorang pesara, Muhammad Ridzuan Yeoh Abdullah, 70, berkata, kegagalan beberapa projek sebelum ini membuatkannya tidak yakin dengan prospek masa depan bas Singgah-Singgah.

Katanya, hal itu disebabkan pihak pengurusan dilihat gagal menarik minat orang ramai untuk menggunakannya, sama seperti nasib monorel.

“Jangan promosi kepada pelancong untuk naik bas sahaja tetapi tekankan juga promosi dan kelebihan di setiap kawasan hentian. Contohnya di Melaka Sentral sebagai hentian pertama. Kawasan ini ibarat hidup segan mati tak mahu.

“Bila tiada pelancong yang datang, bagaimana hendak tarik minat orang naik bas? Di sini pelbagai kemudahan ada seperti tempat letak kenderaan yang banyak, tetapi tidak buat begitu (promosi).

“Akhirnya orang akan pilih untuk naik kenderaan sendiri dan perkhidmatan bas pula mendapat sambutan yang dingin,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN