Banjir: 21 balai polis, pos PGA Pantai Timur terjejas 

Banjir: 21 balai polis, pos PGA Pantai Timur terjejas 

RAZARUDIN Husain (kanan) membersihkan sisa lumpur di Balai Polis Manir di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 10 balai polis dan 11 pos Polis Gerakan Am (PGA) di negeri ini dan Kelantan terjejas dalam bencana banjir, sejak Jumaat lalu. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, di Terengganu, sebanyak empat balai polis dikenal pasti iaitu di Manir di sini, Air Putih di Kemaman dan Kuala Jengal serta Pasir Raja di Dungun. 

Katanya, di Kelantan pula, bah menjejaskan balai Rantau Panjang, Bakong, Jeram Perdah, Kuala Jambu, Simpangan dan Meranti.

“Bagi pos PGA pula, sebanyak 11 terlibat banjir iaitu Terusan, Salleh Berek, Pok Teh Kana, Pak Antah, Serongga, Ibrahim Pencen, Kaloi, Wakaf Zin, Pulau, Kubang Pak Hitam dan Mek Gombak.

“Bagaimanapun, tiada aset-aset penting terjejas kerana dipindahkan lebih awal di tempat selamat pada permulaan musim tengkujuh,” katanya ketika meninjau kerja-kerja pasca banjir di Balai Polis Manir, di sini hari ini.

Razarudin berkata, kerosakan melibatkan infrastruktur dan premis balai dan pos terlibat dinilai selepas banjir surut sepenuhnya.

Katanya, polis akan mengkaji keperluan untuk memindahkan balai yang berisiko banjir ke lokasi baharu termasuk Balai Polis Manir.

“Di samping itu, kita mengarahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) menghulurkan bantuan pasca banjir ke negeri-negeri terjejas banjir pada masa terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN