Awas pengguna WhatsApp, Telegram boleh digodam - Utusan Malaysia

Awas pengguna WhatsApp, Telegram boleh digodam

Awas aplikasi WhatsAps dan Telegam boleh digodam.– GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Awas pemilik akaun aplikasi WhatsApp dan Telegram milik ahli politik dan orang kenamaan, mereka juga tidak terkecuali menjadi mangsa digodam sindiket penipuan menyamar untuk meminta wang.

Modus operandi i adalah dengan mengodam aplikasi telefon pintar milik mangsa sebelum mengambil alih akaun berkenaan untuk meminta kononya meminjam wang daripada rakan-rakan mangsa.

Mengakui perkara ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, sebanyak 1,710 laporan  diterima pihaknya membabitkan kegiatan tersebut melibatkan kerugian RM 11.47 juta sejak 2020 sehingga Februari lalu.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 823 kes dilaporkan berlaku pada 2020 dengan kerugian RM6.19 juta diikuti 2021 iaitu 778 kes dengan nilai penipuan RM4.8 juta.

“Bagi tahun ini pula, sebanyak 109 kes dilaporkan dengan nilai kerugian RM478,016.

“Kebanyakan mangsa tidak menyedari akaun mereka digodam sehingga kenalan di dalam senarai telefon bimbit mereka memaklumkan ada menerima mesej untuk meminjan wang,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Kamarudin turut menasihati pengguna telefon pintar untuk lebih berhati-hati apabila menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang meminta kata laluan yang dihantar ke nombor telefon pengguna.

“Kata laluan itu digunakan untuk mengambil alih akaun aplikasi pesanan daripada mangsa seterusnya akan menggunakan modus operandi menyamar sebagai rakan.

 “Pengguna di nasihat mengaktifkan dua langkah pengesahan di aplikasi yang digunakan bagi mengelak aplikasi pesanan digodam sindiket,”jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN